Hiking Bukit Bendera

Hiking Bukit Bendera 29.07.2022 / AKTIVITI KLG Pada 29 Julai 2022 (Jumaat), KLG telah menjalankan aktiviti dakian di Bukit Bendera, Kemaman. Semua staf KLG berkumpul di kawasan berhampiran bukit dan dimulakan dengan aktiviti pemanasan badan. Kemudian, kami mula bergerak ke trek dakian bukit. Aktiviti dakian ini telah di ketuai oleh Din dan Akram dari cawangan Perabot2U. Terdapat dua laluan untuk sampai ke puncak Bukit Bendera ini iaitu trek dakian “nature” dan trek dakian curam menggunakan tali. Bagi staf yang pertama kali mendaki, trek dakian tali amatlah mencabar. Trek nature juga mencabar kerana laluannya sangat sempit dan hampir dengan curaman serta akar pokok yang besar. Selain itu, risiko ketika itu adalah laluan trek berkenaan licin disebabkan hujan pada malam sebelumnya.  Walaupun hadapi pelbagai cabaran, kesemua staf berjaya sampai ke puncak dan menikmati suasana laut dan Pantai Mak Nik yang indah.  Semoga dakian kali ini memberi seribu kenangan dan kepuasan untuk semua staf selain memberikan kesihatan yang sihat dan kesedaran kepentingan menjaga alam sekitar. Categories Aktiviti KLG Project Projek Promosi Promotion Update Updates